🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

PAS Seberang Takir Berjaya Kumpul RM36,774.00

Oleh : Arifuddin Alias

KUALA NERUS – Atas dasar kecaknaan kepada saudara di Palestin, Parti Islam Semalaysia (PAS) DUN Seberang Takir berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM36,774.00 setakat hari ini.

Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut, Ustaz Haji Zakaria Dagang berkata, dalam usaha mendukung solidariti bersama para pejuang dan umat Islam di Palestin, turut menggerakkan kutipan untuk tabung #Aid4Palestin yang dianjurkan oleh PASRelief di bawah PAS Malaysia.

Katanya,semoga sedikit usaha dan sumbangan yang dapat diberikan ini akan menjadi saham kepada kami bersama para pejuang yang sedang berjuang di medan jihad di Palestin itu.

“Sehingga jam 3:00 petang 18 Mei 2021 (hari ketiga) kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM35,524.00 hasil sumbangan ahli dan penyokong PAS di Cawangan-Cawangan”.

“Kutipan akan diteruskan lagi sehingga akhir bulan Mei ini,” tambahnya lagi.Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Mohd Fazil Wahab Ketika ditemui, di peringkat Kawasan Kuala Nerus pula, lebih RM200,000 telah berjaya dikutip.

“Sebagai umat Islam, wajar kita bersedih di atas apa yang telah menimpa saudara-saudara kita di bumi Isra’ Mikraj itu.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir memberitahu, atas dasar tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan bumi Palestin dari terus ditindas Israel. Pas Seberang Takir dengan ini ingin melancarkan #Aid4Palestin bagi membantu saudara kita yang bertaruh nyawa mempertahankan keizzahan Al-Quds.

“Sebagai umat Islam, wajar kita bersedih di atas apa yang telah menimpa saudara-saudara kita di bumi Isra’ Mikraj itu. Ujarnya lagi.

“Jihad mempertahankan bumi Palestin adalah wajib. Ia adalah kewajipan kepada umat Islam sama ada dipenjuru timur hingga ke hujung barat. Penduduk Palestin terpaksa menumpah darah mempertahankan buminya yang tercinta,” tegasnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️