🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Lubok Kawah Ikrar Pertahan Kemenangan

Oleh; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS cawangan Lubuk Kawah, Hulu Besut berikrar mempertahankan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, Unit Peti Undi (UPU) tersebut adalah kawasan paling kuat dan selalu memenangi setiap kali PRU.

“Saya menasihatkan supaya setiap anggota perlu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya yang mungkin akan berlaku bila-bila masa.

“Saya juga memaklumkan bahawa PAS negeri Terengganu telah mengarah setiap DUN supaya membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi PRU ke 15,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Hulu Besut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program meraikan petugas pilihanraya yang diadakan di bangunan Pasti Nurul Hidayah.

Turut hadir ialah Ketua cawangan, Haji Shaari Omar, Setiausaha, Saifuldan Timbalan Ketua cawangan merangkap Setiausaha MTD Hulu Besut, Armadi Abdullah.

Beliau menambah, seramai 60 orang petugas yang terdiri daripada muslimin, muslimat dan pemuda turut bersama-sama dalam program tersebut.

Menurutnya, setiap anggota parti hendaklah mempertahankan kemenangan yang ada sekarang ini, dengan slogan ‘teguh pertahan’.

“Beberapa kursus berkaitan pilihan raya telah diadakan bagi tujuan tersebut.

“Alhamdulillah kali ini golongan muda tidak ketinggalan memberi sokongan kepada kerajaan,” ujar Cikgu Salahuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️