🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Pemuda Sediakan Pasukan Terbaik Hadapi PRU

SETIU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan menyediakan pasukan terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

Ketuanya Mohd Nasir Razak berkata, jentera Pemuda telah melalui dua zaman iaitu sebelum dan selepas menjadi kerajaan, menjadi kekuatan untuk menyiapkan anggotanya untuk menghadapi PRU.

“ Misi kita ialah Anak Muda Mara Pertahan kita garapkan untuk meneruskan agenda mempertahankan kemenangan, pemuda harus bersedia menjadi benteng utama parti menghadapi pihak lawan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pemukiman DPPNT, pada 4 Mac.

Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, kekuatan ukhuwah di antara pimpinan dan jentera juga merupakan ramuan terbaik.

“sekarang pelbagai sentimen ditimbulkan atas rasa ketidakpuasan hati rakyat terutama anak muda, maka tugas kita untuk menjelaskan sesuatu isu dengan baik dan jangan kita pula yang membantu musuh menjejaskan parti dan kerajaan, ‘ tambahnya

Beliau antara lain mengingatkan pimpinan pemuda bahawa kemenangan bukan terletak pada individu yang memimpin, sebaliknya ia anugerah Allah, jika ahlinya saling menguatkan jemaah.

Sepanjang dua hari, semua pimpinan pemuda telah mengikuti pelbagai aktiviti, antaranya sesi percambahan idea, aktiviti bermodul serta slot perbengkelan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️