🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

MTD Hulu Besut Pantau PKPD Tiga Kampung

BESUT – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut akan mengikuti perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di beberapa lokaliti dalam DUN tersebut.

Pengerusinya Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua agensi terbabit bagi mrncapai matlamat mengawal penularan pandemik Covid-19 di kawasan itu.

“saya telah memaklumkan kepada PAS Kawasan Besut dan kita akan turun menyantuni barisan hadapan (Frontliner),

‘kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar setiap penduduk dapat bekalan makan minum dan keperluan harian,” ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Besut, ketika dihubungi.

Menurutnya, PKPD akan dilaksanakan di Kampung Darau-Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor di Mukim Pasir Akar bermula esok.

“Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi jangkitan COVID-19 di tiga kampung berkenaan.

“KKM sudah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif COVID-19 direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko kerajaan memutuskan akan melaksanakan PKPD di tiga kampung berkenaan bermula 14 sehingga 27 Februari ini,” tambah beliau.

Oleh itu, beliau berharap agar semua penduduk yang terlibat dapat bersabar sepanjang tempoh PKPD itu.

“amalkan semua SOP dan tingkatkan ibadah kepada Allah, munajat, supaya penyakit Covid itu diangkat,

“kebetulan kita sudah masuk bulan Rejab, antara bulan-bulan ‘haram’ yang diberi kemuliaan oleh Allah,” tegas beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️