🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Hari Ini Dalam SejarahPahang

Hari ini dalam sejarah : Tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas-pengganas Komunis ditamatkan.

7 FEBRUARI 1956 (SELASA)

PADA hari ini dalam tahun 1956, tempoh pengampunan beramai-ramai (amnesty) yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selama lima bulan kepada pihak komunis supaya menyerah diri telah berakhir.

Tawaran pengampunan ini diberi bermula pada 9 September 1955 dalam usaha kerajaan untuk menghapuskan ancaman pengganas komunis di Tanah Melayu.

Ini dilakukan melalui penyebaran berjuta-juta risalah dari udara ke hutan belantara yang dipercayai sebagai tempat persembunyian pengganas komunis.

Komunis (Kredit foto : Google)

Pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri dalam tempoh yang ditetapkan akan diampunkan dan akan diterima semula hidup dalam masyarakat.

Hasil daripada kempen yang berjalan selama lima bulan itu, seramai 73 orang pengganas komunis dan 12 orang penyokong mereka telah menyerah diri kepada Kerajaan.

Ini merupakan satu kejayaan dan kemenangan besar kepada kerajaan dan pukulan hebat kepada pergerakan komunis di Tanah Melayu.

Kempen pengampunan beramai-ramai itu sedikit demi sedikit telah melemahkan kegiatan pengganas komunis yang akhirnya membawa kepada tamatnya darurat pada tahun 1960.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Komunis (Kredit foto : Google)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️