🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Sedikit Tanda Ingat, Banyak Tanda Ada

Oleh : Wajihah Rosli

SETIU, 1 Januari 2021 – Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dewan Undangan Negeri(DUN) Langkap prihatin membantu mangsa banjir yang terjejas seadanya, ‘sedikit tanda ingat, banyak tanda ada’.

Ketuanya, Rohani Awang berkata walaupun tidak sebanyak yang diharapkan tetapi sumbangan berkenaan sebagai tanda ingatan kepada mereka yang memerlukan.

“Sumbangan berupa barangan dapur kepada semua mangsa yang terjejas banjir telah diedarkan kepada 40 orang penerima di kalangan ibu tunggal, orang susah dan asnaf, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas program ziarah yang berlangsung selama tiga hari bermula hari Rabu lepas dan berakhir Jumaat, 1 Januari lalu.

Katanya, antara kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Lerek, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Jelapang, Kampung Sungai Tong, Kampung Desa Jaya, Bukit Nenas dan Kampung Pelong.

Seorang mangsa yang tinggal berhampiran sungai, Dzaidah Abdullah dari Kampung Desa Jaya menceritakan detik-detik cemas ketika air naik dengan cepat yang telah menenggelamkan bahagian dapur rumahnya.

” Air laju sangat… tapi ‘standby’ dah alih barang, kalau orang naik atas rumah(ruang tamu) sekarang ini, kosong lagi, tidak berani nak susun balik perabut, takut(trauma) tak habis lagi, bimbang air naik pulok”, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️