Covid-19 Melaka : 6 kes baharu hari ini

Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 3 Jan : Enam kes Covid-19 baharu dikesan dì Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut laporan itu daripada enam kes yang dilaporkan itu, empat kes dikesan di Daerah Melaka Tengah sementara dua kes lagi dikesan di Daerah Jasin.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Bukit Katil
βͺοΈ 1 kes jangkitan (IMPORT B)
βͺοΈKes daripada saringan bergejala
βͺοΈLawatan ke Cameron
Highlands dan Petaling Jaya
βͺοΈUmur : 27 Tahun
Mukim Bukit Baru
βͺοΈ2 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan bergejala
dan saringan kontak
rapat (Rakan sekerja positif)
βͺοΈUmur : 37 dan 27 Tahun
Mukim Ayer Molek
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan bergejala
βͺοΈUmur: 43 Tahun
DAERAH JASIN
Mukim Selandar
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak rapat
βͺοΈKontak kepada ahli masjid
yang positif.
βͺοΈUmur : 53 Tahun
Mukim Jasin
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes saringan OKT pra-bebas
βͺοΈPusat Koreksional Jasin
βͺοΈKluster Jalan Harapan
Tambah laporan itu lagi, sebanyak 485 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (242 kes) dan Machap (302 kes) hari ini masih di dalam zon merah.
Sementara itu sebanyak 26 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini bertambah satu mukim berbanding 25 mukim semalam apabila mukim Selandar mencatat satu kes baharu.
Mukim-mukim itu ialah :
DAERAH ALOR GAJAH
β’ Durian Tunggal (6 kes)
β’ Klemak (2 kes)
β’ Melaka Pindah (1 kes)
β’ Melekek (1 kes)
β’ Pulau Sebang (1 kes)
β’ Sungai Baru Ilir (7 kes)
β’ Sungai Baru Tengah (1 kes)
DAERAH MELAKA TENGAH
β’ Ayer Molek (3 kes)
β’ Bandar Melaka (2 kes)
β’ Bertam (3 kes)
β’ Bukit Baru (3 kes)
β’ Bukit Katil (1 kes)
β’ Bukit Rambai (8 kes)
β’ Cheng (5 kes)
β’ Krubong (2 kes)
β’ Peringgit (1 kes)
β’ Pernu (1 kes)
β’ Semabok (1 kes)
β’ Tangga Batu (5 kes)
β’ Tanjung Kling (12 kes)
β’ Tanjung Minyak (3 kes)
β’ Telok Mas (8 kes)
DAERAH JASIN
β’ Ayer Panas (2 kes)
β’ Selandar (1 kes) baharu
β’ Sempang (1 kes)
β’ Umbai (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1704 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor masih mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 673 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 316 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.


