Covid-19 Melaka : 14 kes positif baharu

Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 28 Dis : Empat belas kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di lamanrasminya sebentar tadi.
Menurut laporan itu lagi, daripada empat belas kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini lima dikesan di Daerah Melaka Tengah, lapan kes di Daerah Alor Gajah dan satu lagi di Daerah Jasin.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Bandar Melaka
βͺοΈ 1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈ Kes daripada saringan kontak
rapat
βͺοΈ Kontak keluarga daripada
( P. Pinang)
βͺοΈ Umur : 32 Tahun
Mukim Telok Mas
βͺοΈ2 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes saringan kontak rapat
kes positif
βͺοΈKontak keluarga
βͺοΈUmur : 35, 56 Tahun
Mukim Bertam
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat
βͺοΈ Kes positif (kontak sosial)
βͺοΈBermain badminton bersama
βͺοΈUmur : 17 Tahun
Mukim Semabok
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat
βͺοΈUmur : 19 tahun
DAERAH ALOR GAJAH
Mukim Sungai Baru Ilir
βͺοΈ5 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat kes positif
βͺοΈKontak keluarga
βͺοΈUmur : 12, 14, 23, 25 & 56
tahun
Mukim Kelemak
βͺοΈ1 kes jangkitan empatan
βͺοΈKes saringan kontak rapat
βͺοΈKontak sosial (rakan
serumah)
βͺοΈUmur : 31 tahun
Mukim Taboh Naning
βͺοΈ2 kes jangkitan ( IMPORT B)
βͺοΈKes saringan kemasukkan
baharu
βͺοΈPenjara Setelite A’Famosa
βͺοΈUmur: 37 & 39 Tahun
DAERAH JASIN
Mukim Jasin
βͺοΈ1 Kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat kes positif
βͺοΈUmur : 65 Tahun
Sebanyak 322 kes masih dirawat di Hospital Melaka, PKRC Penjara Sungai Udang dan PKRC, dengan tiga kes ICU, sementara 66 kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (253 kes) dan Machap (97 kes) hari ini kekal di dalam zon merah, sementara dua belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (5 kes) Klemak (3 kes), Sungai Baru Ilir (7 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bandar Melaka (1 kes) Bertam (1 kes), Bukit Katil (1 kes), Bukit Rambai (4 kes), Cheng (1 kes), Semabok (1 kes), Tangga Batu (5 kes), Tanjung Kling (9 kes), Telok Mas (3 kes), Ayer Panas (1 kes) dan Sebatu (1 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak
1594 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 697 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 194 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Labuan dan Perlis.




