Covid-19 Melaka : 9 kes positif baharu
Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 21 Dis : Sembilan kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.
Mengikut laporan itu, daripada sembilan kes yang dilaporkan itu dua kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, empat di Daerah Jasin dan tiga lagi di Daerah Alor Gajah.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Bandar Melaka
βͺοΈ1 Kes Jangkitan ( IMPORT B)
βͺοΈKes dari Saringan kontak Rapat
( Kontak Keluarga)
βͺοΈSejarah Perjalanan Ke KL
βͺοΈUmur : 33Tahun
Mukim Tanjung Kling
βͺοΈ 1 kes Jangkitan ( IMPORT B)
βͺοΈ Kes Saringan Kemasukkan Baru
Institut Koreksional Tg Kling
βͺοΈ Kluster Jalan Harapan
DAERAH JASIN
Mukim Jasin
βͺοΈ1 Kes Jangkitan Tempatan
βͺοΈKes Saringan Kontak Rapat Kes
Positif
βͺοΈ Kontak Keluarga
βͺοΈ Umur : 10 bulan
Mukim Jasin
βͺοΈ1 Kes Jangkitan Tempatan
βͺοΈKes Saringan Kontak Rapat Kes
Positif ( Kontak Keluarga) dari KL
βͺοΈUmur : 67 Tahun
Mukim Jasin
βͺοΈ 2 Kes Jangkitan Tempatan
βͺοΈ Saringan Kontak Rapat OKT
βͺοΈ Kontak Rapat Pusat Koreksional
Jasin
βͺοΈKluster Jalan Harapan
DAERAH ALOR GAJAH
Mukim Machap
βͺοΈ 2 kes Jangkitan Tempatan &
βͺοΈ 1 Kes (IMPORT B)
βͺοΈ Kes Saringan Depoh Tahanan
Imigresen
βͺοΈ Kes kontak Rapat Kes Positif
βͺοΈ Kluster Jalan Harapan
Sebanyak 297 kes masih dirawat di Hospital Melaka, dengan satu kes ICU, sementara dua kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.
Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (111 kes) masih dikategorikan sebagai zon merah, Machap (32 kes) pula kekal zon Jingga, sementara enam mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Klemak (1 kes), Sungai Baru Ulu (2 kes), Batu Berendam (1 kes), Cheng (1 kes), Kandang (4 kes) dan Sebatu (2 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2018 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 1204 kes dan diikuti oleh Johor yang mencatatkan 278 kes.
Laporan itu juga menyatakan hanya Perlis dan Sarawak tidak merekodkan kes baharu hari ini, selain itu, semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu.