🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Kerajaan PAS Terengganu Percepatkan Urusan Rakyat

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu sentiasa berusaha memudah dan membantu urusan yang melibatkan rakyat dengan agensi-agensi kerajaan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar berkata beliau sering mengingatkan agar pegawai – pegawai di agensi-agensi kerajaan tidak bertangguh menyelesaikan urusan rakyat.

“Saya selalu kata kepada kakitangan saya, kalau kita boleh selesaikan masalah dalam masa enam bulan, kenapa perlu tunggu sampai setahun nak selesaikan, kalau boleh selesai dalam masa sebulan , kenapa ambil masa enam bulan, kena buat cepat.

” Jadi Alhamdulillah, sekarang sudah ada penambah baikkan, yang lambat kita percepatkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai ahli panel Program Pengucapan Awam dan Isu Semasa secara atas talian pada 18 November lalu.

Program anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu itu yang melibatkan Muslimat PAS Dungun dan Kemaman tidak dapat diadakan secara bersemuka memandangkan Terengganu masih lagi dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Turut serta sebagai panel ialah Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Sazali Mohd Nor.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri berkata kerajaan negeri juga turut menyerapkan kakitangan yang sekian lama berkhidmat secara kontrak kepada berjawatan tetap.

“Kita berbincang dengan pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) Negeri dan bersetuju maka 40 orang kakitangan secara kontrak, ada yang bekerja selama 15.. 20 tahun bekerja secara kontrak dinaikkan ke jawatan tetap”, jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️