Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU β Anak muda harus didedahkan dengan dunia pendidikan politik kerana mereka adalah pemimpin pada masa hadapan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor berkata, mereka seharusnya di didik dengan ilmu pengetahuan.
βMereka wajar didedahkan dengan hal-hal yang kritikal seperti skil kepimpinan.
βDan juga memberi kesedaran kepentingan pendidikan tersebut dalam diri masing-masing,β jelasnya.
Beliau berkata demikian apabila dihubungi mengulas tentang Kunjung Hormat bersama Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, pada kelmarin.
Menurutnya, lawatan ini adalah satu alternatif yang baik kepada wanita muda yang menceburi bidang tersebut.
βSelain itu, ia juga memastikan ahli HANEES mendapat gambaran yang jelas tentang peranan DUN dalam sesebuah negeri,β tambah beliau.