Anak Muda Dipandu Memahami Hasrat PAS
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Anak muda PAS di DUN Kuala Berang dipandu dan dibimbing untuk memahami hasrat kerajaan PAS Negeri Terengganu bagi menentukan hala tuju yang membawa kebaikan kepada mereka.
Ketua Pemuda PAS DUN tersebut, Ahmad Aminuddin Mohamed berkata, bagi mencapai tujuan berkenaan program bertindak telah diadakan sebagai pengisian selepas mencapai kemenangan pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.
âSupaya kita dapat kumpulkan tenaga anak muda ini agar aktif di peringkat cawangan masing-masing.
âSerta boleh menyampaikan hasrat kerajaan kepada anak muda yang lain, supaya golongan ini sedar bahawa PAS sangat memfokuskan tentang mereka (anak muda),âujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program âRide To Air Terjun Lubuk Kainâ, di Kampung Shukor Hulu Terengganu, pada Jumaat 21 Februari.
Menurutnya, program yang diadakan selama dua hari tersebut berjaya menghimpunkan seramai 170 orang anak muda.
âKita juga turut membuat aktiviti âcharityâ bersama penduduk setempat, sekitar Kampung Shukor dengan bergotong royong membersihkan tempat perkelahan ini.
âMembersihkan kawasan kampung sekitar, termasuk juga kubur, surau dan masjid untuk dibersihkan,â jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, program berkenaan sangat dialu-alukan untuk diadakan di sini.
âKerana keberadaan didalam âgeografiâ luar dari bandar, sangat kaya dengan alam flora dan fauna.
âMemang menjanjikan satu kawasan yang sangat sesuai untuk aktiviti âbrain stormingâ, âre-treatâ, Mukhayam, dan sebagainya untuk kebaikan organisasi dan jemaah,â ujarnya.
Selaku tuan rumah, beliau turut berterima kasih kepada anak muda dari DUN Kuala Berang yang sudi menyumbangkan tenaga bergotong royong dengan penduduk Hulu Dungun berkenaan.
âMembuktikan bahawa anak muda PAS mempunyai keperibadian yang sangat baik, semoga akan terus menjadi contoh kepada anak muda luar dari jemaah PAS.
âAgar mereka tertarik untuk menyertai kita (PAS) di masa akan datang, dimana mereka pastinya melihat bahawa PAS aktif beraktiviti didalam masa yang sama tidak meminggirkan pembentukan akhlak yang baik, bertepatan sebagai pemuda Islam,â tambah beliau.