NegeriTerengganu

Berganding Bahu Cegah Kemungkaran

Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN – PAS Cawangan-cawangan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kumpulan Rukun Tetangga(KRT) dan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa berganding bahu mencegah kemungkaran.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Mohd Syahir Radin berkata, rondaan skuad ‘Amar Makruf’ melakukan rondaan setiap malam bagi memastikan keselamatan penduduk.

“Kami Pemuda PAS DUN Sura cintakan kebaikan dan ingin cegah kemungkaran. Kami namakan Skuad Amar Makruf.

“Kita arahkan seluruh lajnah dan jabatan Pemuda PAS DUN Sura untuk turun memperkasakan rondaan ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tugasan di sini pada 25 Januari.

Sementara itu, beliau memaklumkan yang kad penguatkuasa untuk digunapakai sedang dalam proses oleh Pejabat Agama Daerah Dungun.

“Pada 24 Januari seramai 28 orang pemuda turun melakukan rondaan amar makruf nahi mungkar dimana risalah berkaitan nasihat agama dan bahaya dadah turut diedar dalam program tersebut,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️