NegeriTerengganu

Veteran Sahut Cabaran Pelajari Media

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 16 orang Veteran Angkatan Tentera Laut dan Darat Malaysia dinegeri ini menyahut cabaran bahawa mereka boleh mempelajari dalam dunia penulisan walaupun usia sudah meningkat.

Seorang peserta yang berasal dari Cendering, Hamzah Awang, 71,berkata, beliau berbesar hati untuk mengikuti bengkel media yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS kawasan Kuala Terengganu bersama dengan Kelab Aktivis Media Indipenden (KAMI).

“Setelah tiada respon daripada orang muda maka kami Mengambil alih peranan menceburi bidang media.

“Bila tawaran kursus media di buka,tiada orang muda yang tampil memberi kesanggupan,maka saya berbesar hati untuk mengikuti bengkel media sehari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut di Dewan serbaguna Kg Panji pada hari Sabtu, 28 Disember.

Hamzah merupakan seorang veteran angkatan tentera laut Malaysia berpengkalan di Woodlands Singapura kini menghabiskan masa bersama anak anak dan cucu seramai 12 orang.

Seramai 42 orang peserta yang terdiri dari veteran dan orang awam hadir dalam program tersebut.

“Walaupun berbeza bidang program ini sangat mencabar dan menguji ketajaman fikiran kita serta perlu kepada kesungguhan kreativiti.

“Saya berasa bersyukur dapat mempelajari ilmu penulisan, walaupun dalam seusia begini dapat mendalami bidang media ini,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi KAMI, Naraza Muda berkata, usia bukan penghalang untuk terus belajar.

“Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

“Siapa kita ,berapa umur bukan halangan untuk menulis kerana syarat untuk menulis bukan nya kepada yang muda belia sahaja,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️