NegeriTerengganu

Hilang Seorang Petugas Parti DUN Air Putih

Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN – PAS DUN Air Puteh telah kehilangan seorang petugas parti yang aktif dan komited dengan ‘pemergiaan’ Ridzuan Mohamad di usia 48 tahun.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh berkata, arwah merupakan amilin yang istiqamah dalam kerja jemaah.

“(Arwah) merupakan salah seorang penggerak utama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kemaman satu ketika sebelum beliau jatuh sakit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media melahirkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah, di sini semalam.

Menurutnya, arwah merupakan Ketua Cawangan Batu 5, Binjai dan Pengerusi PASTI Al Qamariah mengidap penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lepas dan telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya.

“Saya mewakili PAS Kawasan Kemaman amat terharu dengan pemergian Saudara Ridzuan ini.

“Arwah banyak meninggalkan jasa kepada parti dan juga kepada anak anak PASTI di Dun Air Putih khasnya dan di Kemaman umumnya,” katanya.

Beliau menambah, arwah meninggalkan seorang balu Zalina Jusoh, 46, dan tujuh orang anak dimana lima daripadanya masih di alam persekolahan.

“Kami doakan semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah, insyAllah,” ujar Hazri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️