Johor

NGO Nur Fitrah dan PAPISMA Johor anjur Seminar Kesedaran Pencegahan LGBT

‘AISYAA YASMIN / 19 NOVEMBER 2019

SKUDAI : LGBT kini dilihat menjadisatu isu yang dipertahankanoleh segolongan masyarakat secara terbuka tanpa segan silu lagi.

Bimbang akan fenomena itu, seminar kali ke empat di bawah NGO Nur Fitrah dan PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia ) Johorini telah berjaya mengumpulkan ramaisukarelawan bagi membantu golongan ini, demikian dinyatakan pengarah program Zuryati Yasin di Dewan Teknovasi UTM 16 September lepas.

Program yang dihadiri lebih 70 peserta yang terdiri daripadapara kaunselor, guru, pengusaha tahfiz dan madrasah serta golongan ibu bapa ini juga telah didedahkan dengan kemahiran mengenal simptom-simptom serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya negatif ini.

Mengulas lanjut berkenaan gerak kerja semasa NGOini, Zuryati Yasin berkata PAPISMA Kelantan , juga telah membina satu instrumen bagi mengukur kecenderungan klien dalam ujian saringan kelayakan ke pusat tahfiz dan institusi lain nya bagi meningkatkan lagi keboleh percayaan terhadap sampel muslim itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️