Muslimat Dungun Bersiap Hadapi Cabaran PRU15
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun mempersiapkan diri dan membuat persediaan lebih awal menghadapi cabaran yang akan ditempuhi di dalam gerak kerja mempertahankan kemenangan pada pilihan raya umum ke-15 nanti.
Oleh itu, Ketuanya Hajah Khairiah Mokti menggesa agar jentera ‘sayap kiri’ parti itu, mestilah peka kepada isu-isu yang berlaku.
“Sebab dalam suasana yang ada hari ini muslimat kena ‘alert’ perkara semasa yang berlaku sekarang ini.
“Kita mengharapkan semua daripada kita cukup-cukuplah tidur yang lama, sekarang ini kita banyak cabaran, ” tegasnya.
Khairiah berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pemantapan Organisasi di Darul Bayan, Paka, di sini pada 19 Ogos.
Khairiah berharap muslimat akan menjadi jentera yang sangat bertenaga untuk menghadapi pilihanraya.
“Lajnah-lajnah tidak boleh lagi ‘old fashion’, Kebajikan (lajnah) tidak lagi hanya berziarah dan bersih rumah orang sahaja atau Penerangan dengan kerja-kerja macam dulu lagi , kena pertingkatkan,” jelasnya lagi.