NegeriTerengganu

Islam Tidak Mengajar Umatnya Jadi ‘Racist’

Oleh : Adli MohamadFoto : Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU – Islam bukanlah agama yang membawa kepada keganasan mahupun bersifat perkauman atau ‘racist’, sebaliknya agama suci itu mendidik penganutnya tentang hidup didalam masyarakat majmuk sebagaimana di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Nasir Abdul Razak berkata Islam mengaja umatnya supaya menghormati sesama bangsa.

“Hari ini kita pun merasa pelik apabila kita nak buat Perpaduan Islam maka ada orang (yang) merasa takut dan bimbang.

“Kita nak buat Perpaduan Islam ini barang comel, dan saya nak sebutkan, orang yang merasai takut ini mungkin orang ini ada agenda ataupun ada saki baki penjajahan yang tidak suka umat Islam bersatu,” ujanrnya ketika menyampaikan syarahan pada Bicara Himpunan Pemuda Islam (HIMPIT), di Kampung Buluh Hulu Terennganu.

Mukaddimah HIMPIT kali ini yang merupakan acara tahunan, dimulakan dengan bicara pengkisahan Sejarah Perkembangan Islam Di Hulu Terengganu.

Pogram itu menampilkan Pendakwah Bebas, Muhamad Hagia Sofia Mohd sebagai panelis, dan Ketua Penerangan DPPNT, Mohd Harun Esa sebagai moderator.

Turut Hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim.

Ustaz Nasir ketika menyampaikan pidatonya turut menegaskan, tidak perlu gusar dan ragu-ragu kepada Islam yang menyeru perpaduan dan kedamaian.

Beliau turut memetik pantun yang disampaikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang;

“Melukut di tepi gantang,buka sanggul mencari kutu,orang takut akalnya hilang,jumpa tunggul terasanya hantu,” ucapnya.

Apa yang dibimbangi menurutnya pada hari ini wujudnya parti politik mahupun individu yang cukup lantang mencabar kedudukan Islam, Melayu, juga kedudukan Raja-raja Melayu yang menggugat perpaduan.

“(Maka) ianya boleh mencetuskan keadaan yang tidak selesa sebenarnya, keadaan ketenangan yang boleh merosakkan hubungan diantara kaum.

“Yang paling malang kita lihat adanya umat Islam sendiri yang hilang jati diri Islam,”ujarnya.

Bahkan menurutnya, pihak berkenaan juga turut hilang jati diri Melayu yang kaya dengan adat ketimuran.

“Mereka ini kita ibaratkan makhluk-makhluk perosak yang cuba merosakkan perpaduan sesama kita pada hari ini dan Insya-Allah pilihanraya (PRU 15) kita berharap agar sepakat menolak orang begini,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️