PAS Bukit Besi Hargai Pengundi Pertama Kali
Oleh : Adli MohamadD
UNGUN – PAS DUN Bukit Besi menghargai pengundi kali pertama dengan mengirimkan kad hari lahir yang istimewa melalui pos.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, ianya untuk meraikan mereka sebagai peserta demonstrasi Negara Malaysia.
“Mereka merupakan pengundi yang akan menentukan nasib negara pada pilihanraya umum ke-15 akan datang dan juga akan mempertahankan kemenangan PAS di Negeri Terengganu.
“Justeru itu PAS Bukit Besi amat menghargai mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika dihubungi pihak media, pada Rabu, 24 Julai.
Menurut Ghazali, kad harijadi istimewa itu hanya diberikan kepada mereka yang berumur 21 tahun sehingga 25 tahun.
Tambah beliau, dengan didoakan kesejahteraan dan kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi.
“Kerana pengundi umur 18, tiada lagi mendapat rekod. Namun, pihak kita akan memikirkan cara yang terbaik bagi mendekati umur 18.
“Dengan cara mengkaji dan cuba selami apa yang mereka suka serta apa yang kena jiwa mereka,” jelasnya.
Selain itu, ianya adalah untuk menyemarakkan proses demokrasi di dalam negara dan berharap PAS akan melakar sejarah gemilang pada PRU 15 nanti, dengan memastikan PAS akan menjadi peneraju utama Negara Malaysia.
“Tambah pula, PH telah menunjukkan sikap yang tidak sihat didalam negara, dengan perjuangan yang sungguh mencelarukan.
“Mood rakyat ketika ini dilihat akan memihak kepada Gagasan Sejahtera, Taawun diantara PAS dan Umno,” tambah beliau.