Islam Tidak Dapat Dihayati Dengan Akal
Oleh : Nooreni Abu Bakar.
DUNGUN – Islam tidak dapat dihayati dengan akal semata-mata kerana ianya memerlukan panduan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Subhanawata’ala kepada Nabi Muhammad SAW.
Ketua Penerangan PAS Dungun, Cikgu Alias Harun kesal dengan tindakan mereka yang disifatkan ‘mulut-mulut lembik’ di kalangan Melayu Islam mengutuk perjalanan agama Islam itu sendiri berdasarkan akal semata-mata.
“Menyebabkan orang kafir(kalau dulu), mereka senyap-senyap mereka menentang Islam tetapi hari ini, (bagaimana) mereka secara lantang menghina Islam.
“Sebab itulah kepimpinan negara mesti diterajui oleh Islam, beri sokongan padu kepada parti Islam yang memerintah sekarang ini,” tegas Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu.
Ingatan tersebut disampaikan ketika beliau berceramah di Ceramah Penutup sempena Karnival Dakwah DUN Paka, di sini, pada 28 Mac.
Sehubungan dengan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu, memberi amaran agar jangan ada orang Melayu yang mengaku beragama Islam mempertikai enakmen syariah yang telah mendapat perkenan Sultan Terengganu.
“Dan PAS meletakkan Islam sebagai dasarnya, tegas untuk memartabatkan syariah Allah ini,” ujarnya yang berceramah bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabbar.