NegeriTerengganu

Segera Mendaftar Sebagai Pengundi

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Remaja yang telah mencecah umur 21 tahun diingatkan supaya jangan berlengah dan bersegera mendaftar sebagai pengundi.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun, Cikgu Alias Harun berkata sekarang ini kesedaran orang Melayu untuk berbuat demikian jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa lain.

“Jangan ambil mudah, ingatkan kepada anak-anak pentingnya mendaftar sebagai pengundi,” ujarnya.

Ingatan tersebut disampaikan ketika rutin ziarah beliau ke Kampung Gong Pasir di sini pada 20 Mac.

“Hari ini kita lihat Islam dalam bahaya, bila negara kita diperintah oleh Pakatan Harapan(PH) yang kita nampak tidak mesra dengan Islam,” katanya dengan nada kecewa.

“Jadi kita orang-orang Islamlah kena membantu menjaga dan mengangkat biar Islam memerintah.

“Negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen, dengan memilih pemimpin melalui  pilihan raya, jadi jika kita tidak daftar untuk mengundi, habislah kita,” tambahnya yang telah berkunjung ke salah sebuah rumah yang mempunyai anak-anak yang meningkat remaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️