RAMAH MESRA MUSLIMAT PAS DAN DHPP BERSAMA KAUM INDIA
22 Oktober 2017 Ahad bertempat di Pejabat PAS kawasan Hulu Langat telah berlangsungnya majlis ramah mesra anjuran Dewan Muslimat PAS (DMPK) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Langat dengan masyarakat kaum India.
Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara Muslimat PAS Hulu Langat dengan kaum India yang hadir pada hari tersebut.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan hadir bersama menyantuni warga Non-Muslim ini dan berkesempatan menyampaian hadiah cabutan bertuah.
Diantara intipati ucapan beliau kepada 40 orang warga India yang hadir ialah memberi penerangan berkaitan kehebatan Rasulullah serta kelebihan Islam dalam mentadbir negara yang mempunyai pelbagai kaum dan amalan agama. Beliau juga menerangkan tentang kehebatan pimpinan Ulama’
mentadbir Kelantan dengan cekap dan telus serta adil kepada pelbagai kaum dan agama dapat dijadikan contoh.
Lajnah Penerangan & Hubungan Media
DMPNSelangor.
- TAGS
- Dewan Muslimat PAS Selangor
Pembinaan SRITI Darul Amilin Bukit Malawati sedang giat berjalan – SRITI Kuala Selangor
Berita PAS Selangor
Jentera PAS dari Selangor dekati penduduk di Kelebang – PAS Kawasan Klang
Berita PAS Selangor
Amal Selangor raikan petugas sukarelawan COVID-19 – Pengarah JAMN Selangor
PAS Selangor
- Utama
- Kenyataan Media
- Berita/Artikel
- Direktori Kawasan
Media Sosial Rasmi86,202FansLike0FollowersFollow0FollowersFollow16,900SubscribersSubscribe