NegeriTerengganu

Fahami Konsep Parti Menguasai Kerajaan Sebaik Mungkin

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Ahli Parti Islam Se-Malaysia(PAS) peringkat cawangan mesti memahami konsep parti menguasi kerajaan sebaiknya sebagai landasan gerak-kerja selepas berakhirnya mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Che Alias Abd Hamid berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Taman Selasih di Surau Taman Selasih, Kertih, di sini pada Sabtu, semalam.

“Orang undi kita, kita menang, kita boleh memerintah, pasal itulah PAS menjadi kerajaan…..setiap dasar yang dilakukan kerajaan, mestilah mengikut dasar parti, ini benda (perkara) yang perlu kita ingat selalu.

“PAS menguasai kerajaan, parti menguasai kerajaan, jangan kerajaan menguasai parti, jangan terbalik pula….PAS menguasai kerajaan!

“PAS sebuah parti politik, kita jadi kerajaan kerana parti, kerana PAS…..ingat asal-usul kita, kita tubik (keluar) mengikut parti atau kerajaan,” soal beliau bersemangat.

Ustaz Che Alias yang juga Ahli Parlimen Kemaman juga mengambil kesempatan mengingatkan ahli di peringkat cawangan mengenai tanggungjawab kepada parti yang tidak boleh diambil mudah.

“Tugas dan peranan kepada parti kita, tidak boleh disampingkan walaupun kita diberi kemenangan untuk memerintah Negeri Terengganu selepas pilihan raya lepas.

“Ahli di cawangan jangan anggap kita jadi kerajaan, cawangan tidak perlu lagi buat apa-apa, cawangan kena buat mesyuarat, tambah keahlian, menyantuni masyarakat dan sebagainya,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️