NegeriTerengganu

Air Sungai Dungun, Pasir Raja Hampiri Paras Berjaga-jaga

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menjadikan keadaan semasa Sungai Dungun Di Kampung Pasir Raja pada paras berjaga-jaga.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, ia menjadi penentu berlaku bencana banjir untuk diambil tindakan segera pada kampung-kampung bersebelahan.

“Pada kebiasaanya, apabila berlakunya banjir di Pasir Raja, yang berada pada Mukim Besol menjadi pemula kepada berlakunya banjir pada kampung bersebelahan, Mukim Jengai juga Mukim Jerangau.

“Maka amatlah diharapkan agar komuniti setempat, serta komuniti kampung yang berdekatan yang berada di Mukim Besol, dan Mukim Jerangau segera berpindah,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada pagi ini, Sabtu, 3 November.

Menurutnya catatan bacaan Sungai Dungun Pasir Raja, paras normalnya adalah 34.00 meter tinggi. Sekarang paras sungai berkenaan menunjukkan bacaan pada 35.57 lantaran taburan hujan lebar bermula sekarang.

“Bacaan yang dicatat menghampiri paras jaga-jaga, bacaan paras jaga-jaga bagi Sungai Dungun, di Pasir Raja, catatannya ialah 36.00.

“Jika keadaan berterusan, maka perlulah bagi setiap Pengerusi Majlis Komuniti Kampung memainkan peranan, agar komuniti yang terlibat dengan banjir segera ke Pusat Pemindahan Banjir,” ujarnya.

Walau bagaimanapun beliau berharap agar hujan tidak berterusan, selain itu dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku beliau berharap agar wujudnya jalinan kerjasama yang baik, agar memudahkan segala urusan dan perkara yang tidak diingini berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️