Atam, Juara Lembu Sado
Hulu Terengganu- Atam, lembu baka Belgian Blue seberat 912 kg, muncul juara pertandingan lembu sado kategori sado senior sempena Road To Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism(MAHA) .
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata lembu jantan berwarna hitam berusia 4 tahun 2 bulan ternyata cukup sado untuk ditandingi oleh peserta lain.
“Dimiliki oleh Ibrahim bin Mohamad dari Kampung Gong Pak Maseh, Kuala Terengganu dan berharga 17 ribu ringgit, mengalahkan 15 peserta, lembu sado dari semua daerah dalam negeri Terengganu” , ujar beliau.
Beliau berkata demikian di Pameran dan Pertandingan Lembu Sado sempena Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir di sini pada 26 Oktober.
Menurut Dr. Azman, acara tersebut sebagaimana dijangka telah menjadi ‘wow factor’ yang paling mencuri tumpuan pengunjung Road To MAHA.Road To MAHA yang mendapat sambutan orang ramai.“Sementara Davic dari baka Limousine milik Mohd Taufik Mohamad Nor dari Kerteh Kemaman muncul Naib Juara”, katanya.
Atam dan Devic yang menang tempat pertama dan kedua Pertandingan Lembu SadoAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu juga memberitahu, Davic yang mempunyai berat badan 876 kg bernilai 18 ribu ringgit juga seusia dengan Atam, 4 tahun 2 bulan.
Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang dimana juara berjaya memenangi RM 1,500 manakala naib juara RM 1,000 beserta piala dan sijil.