NegeriTerengganu

Janji PH Hanya ‘Menanam Tebu Dibibir Mulut’

Janji Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, ternyata hanyalah umpama ‘menanam tebu dibibi mulut’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhail berkata, 10 manifesto yang dijanjikan dalam masa 100 hari tidak mampu ditunaikan setelah menjadi Kerajaan Persekutuan.

“tiada satu pun manifesto yang diselesaikan oleh KP dan seterusnya, telah memungkiri janji yang dinyatakan kepada rakyat.

“Kalau diberikan 10 soalan dalam peperiksaan, tiada satu pun jawapan yang betul diberikan oleh mereka,” jelasnya ketika berucap di Markas Pas Taman Desa Ria pada Isnin, 27 Ogos.

Turut berkempen pada pilihan raya kecil DUN Seri Setia itu ialah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Pesuuruhjaya PAS Selangor Ustaz Lelehen Muhyi, calon PAS Dr Halimah Ali, ADUN Air Putih, Cikgu Razak dan Bendahari Dewan Himpunan Penyokong PAS Kong Tuck Wah.

Manakala mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Idris Ahmad, menjelaskan isu-isu semasa seperti royalti minyak, Sales Service Tax (SST) serta kes penuntutan hak LGBT adalah antara kes yang gagal diselesaikan.

“Bayangkan antara isu terkini, LGBT, jika diberikan hak dalam masyarakat, maka ini akan menjadi salah satu tanda menghala kearah kemungkaran yang berleluasa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️