Anak-anak Muda Mendapat Dan Menilai Maklumat Dengan Cepat
HUULU TERENGGANU – Anak-anak muda pada zaman sekarang mendapat maklumat dengan begitu pantas dan cepat, serta mereka dapat menilai maklumat apa yang sedang berlaku dan dapat buat satu keputusan untuk masa depan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, mereka sudah mula bangkit bersama membuka markaz PAS dan berazam untuk buat perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada kali ini.
Katanya, pendekatan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ diamalkan oleh ahli dan penyokong PAS diterima baik oleh penduduk DUN Telemong yang dahulunya kubu Umno.
“Setiap kali pilihan raya datang bawa beras 10 kilogram, gula, biskut, minyak dan susu,
“Cukupkah dengan lima tahun kita beri mandat kepada mereka dengan apa yang disampaikan tadi itu,” soalnya.
Beliau yang juga calon PAS N21 DUN Telemong ditemui selepas menunaikann solat jenazah di Kampung Tapah dekat sini pada Selasa, 1 Mei.
Oleh itu, katanya, PAS ingin melihat anak-anak muda di kawasan Telemong memiliki tanah lot dan tapak rumah bukan rumah mampu lihat,
“Baru-baru ini kita dapat melihat bagaimana wakil kerajaan dia pecah tanah untuk buat Kuala Ping Square yang mana rumahnya yang dibina itu mencecah RM 200 ribu,
“Dan saya bimbang anak-anak muda di Telemong ini terperangkap kerana RM 200 ribu adalah satu nilaian yang agak besar kepada kami yang duduk di kampung,” ujarnya.
Menurutnya, beliau bimbang rumah yang di bina untuk diberi kepada rakyat khususnya tetapi apabila rakyat tempatan tidak berkemampuan untuk membelinya sudah pasti rumah tersebut akan dijual kepada orang luar.
“Satu lagi projek mega yang akan menempatkan hampir 419 buah rumah yang akan dibina dan dinamakan bandar baru Gawi,
“Satu episod duka baru bagaimana sebenarnya bandar baru bebas cukai tasik Kenyir tak tahu dimana kedudukannya,
“Dan hampir RM 600 juta duit dilaburkan dengan segala projek yang berlaku tetapi masih lagi belum dapat disiapkan sepenuhnya,” jelasnya.
Tambah Ustaz Kamaruzzaman lagi, inilah yang dipanggil dunia politik dengan memberi angan-angan dan menggula-gulakan rakyat supaya berharap kepada mereka.
”Dan kita pastikan anak-anak muda tidak lagi berpaling kiri dan kanan serta terus mara ke depa untuk sama-sama bangkit bagi mengalih arah tuju perjuang yang sedang dilalui dengan agama Allah,” katanya