PAS Terengganu Kemuka Calon Berwibawa Untuk Memerintah
MARANG – PAS Terengganu telah mengisytiharkan nama-nama calon parti itu untuk bertanding pada bagi PRU14 dengan menampilkan calon-calon yang berkebolehan untuk mentadbir negeri Terengganu.
Tokoh-tokoh yang dikemukakan terdiri daripada mereka yang berpendidikan dari pelbagai bidang, buka sahaja berlatar belakangkan agama bahkan dikalangan profesional dan juga usahawan.
Antara yang mempunyai kelayakan bidang profesion tertentu ialah calon baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pakar aeroangkasa negara dan Ir Saiful Azmi Suhaili bagi DUN Kemasik, bekas jurutera Petronas yang berkelayakan dalam bidang kejuruteraan elektrik serta Haji Nurkhuzaini Abdul Rahman, calon Kota Putera juga seorang jurutera dalam bidang elektrik..
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata langkah tersebut adalah berlatar belakangkan kepada hasrat PAS untuk menyelesaikan masalah rakyat dan lahir dari cita-cita PAS manu menubuhkan kerajaan teknokrat.
“mereka (yang dicalonkan) mengetahui masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dan tahu bagaimana mahu menyelesaikannya,
“dan kita menjanjikan kerajaan teknokrat, kerajaan yang akan dianggotai oleh buka sahaja wakil rakyat, termasuk pakar-pakar ahli-ahli bidang tertentu yang dilantik menganggotai kerajaan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perisytiharan Calon PAS Terengganu yang diadakan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini pada Khamis malam 19 April.
Secara umumnya, PAS Terengganu menampilkan kira-kira 44 peratus ‘calon segar’, bagi untuk bersaing di peringkat DUN, menggantikan calon-calon lama.
Kesemua DUN mendapat calon baharu tersebut ialah Kuala Besut, Kota Putera, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Bandar, Wakaf Mempelam, Batu Burok, Rhu Rendang, Ajil, Bukit Besi dan Kemasik.
Terdapat beberapa pemimpin berpengalaman dan ‘orang lama’juga yang tidak disenaraikan pada PRU lalu, diberikan semula peluang bertanding seperti mantan ADUN Kuala Berang, Dr Mamad Puteh.
Ia jelas menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu mabu mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu, dengan mencampurkan tokoh lama dan baru, dari semua peringkat umur dan latar belakang.
Kelompok teramai ialah daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang mewakilkan sembilan anggota mereka iaitu tetapi, tiada wakil dari Dewan Muslimat bagi PRU kali ini.
Di peringkat Parlimen pula, PAS Terengganu terus meletakkan tanggungjawab dan kepercayaan kepada lima calon lama pada dan tiga lagi di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Setiu.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Haji Mahyuddin Abdul Rashid diberi kepercayaan mencabar BN di Hulu Terengganu, manakala Haji Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu serta mantan ADUN Jabi, Saharizukirnain Abdul Kadir di Setiu.
Namun didalam semua percaturan ini, paling menarik ialah Pesuruhjaya PAS Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, yang mengorbankan hasrat beliau dari menjadi calon, menjadikan Pesuruhjaya PAS Terengganu tunggal yang tidak bertanding.