NegeriTerengganu

Ustaz Wan Azhar Stabil, Dibenarkan Pulang Setelah Mendapat Rawatan

BESUT – Yang Dipertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang tiba-tiba ‘rebah’ ketika berucap pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan, dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke rumah, setelah mendapat rawatan di hospital.

Timbalannya Cikgu Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah) berkata, ketuanya sedikit keletihan ditambah dengan, hadir ke program tersebut tanpa makan pagi.

”Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berhenti memberi ucapan dan rebah…..ada sahabat yang duduk di hadapan melihat mulut beliau sahaja bergerak tetapi tidak ada suara yang keluar,

“kemudian beliau dikejarkan ke hospita (selepas itu) pagi tadi dan (telah) dibenarkan pulang ke rumah (tidak lama selepas itu) kerana kesihatan agak stabil,

“Alhamdulillah selepas zohor beliau menelefon dan memaklumkan dibenarkan pulang ke rumah dan doktor menasihati supaya berehat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, Cikgu Solah berkata Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-59 itu berjalan dengan baik dan menjadi medan muhasabah kepada pemimpin dan ahli semua peringkat.

Katanya, para perwakilan begitu bersemangat memberi saranan dan tidak sabar menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi merealisasikan kemenangan.

“Mesyuarat berjalan lancar dan hampir semua cawangan hantar perwakilan, walaupun sedikit terganggu……perwakilan terus bersemangat,” katanya.

Mesyuarat Agung itu telah dirasmikan oleh Exco Kelantan, YB Dato’ Dr Mohamaed Fadhli Dato’ Hassan

Dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu menyeru agar ahli dan penyokong PAS bangkit dan maju ke hadapan.

”bangkit…… majulah kita walaupun dalam keadaan mana pun. Ulamak kata dalam keadaan sakit ataupun dalam keadaan kamu sihat, walaupun dalam keadaan kamu sakit atau pun kamu sihat dalam keadaan kamu kaya ataupun miskin,

”dalam keadaan kamu susah ataupun senang… dalam keadaan kamu muda ataupun walaupun dalam keadaan kamu sudah uzur tetapi bangkit tetap bangkit,

”maju tetap maju berjuang tidak boleh undur ke belakang……tidak boleh mencari alasan dan (balasan) Allah sangat keras kepada orang yang mencari alasan daripada (terus) berjuang,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️