NegeriTerengganu

Siling Kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau Runtuh

DUNGUN – Pelajar dan guru terselamat apabila siling bangunan sebuah kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau Dungun, dekat sini, runtuh selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat petang semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang.

“Siling yang runtuh itu menyebabkan kerosakan pada struktur binaan dan bumbung bangunan. JPNT sudah mengeluarkan arahan supaya tingkat atas bangunan itu dijadikan kawasan larangan,” katanya dipetik akhbar Berita Harian.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk siasatan lanjut.

“Penilaian kos kerosakan dan tahap keselamatan bangunan keseluruhan juga sedang dilakukan. JPNT sudah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah yang dibina oleh kontraktor supaya diperiksa.

“Kejadian sebegitu tidak boleh dipandang remeh dan pemeriksaan harus dibuat terhadap bangunan sekolah lain bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️