PAS Akan Perintah Terengganu, ‘Bukan Omong Kosong’
HULU TERENGGANU – PAS akan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan memerintah Terengganu
Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, ia bukan ‘omong kosong’ atau ‘cakap besar’ pemimpin.
Katanya, ia berdasarkan kebobrokan Umno dengan pelbagai skandal samada di peringkat nasional ataupun tempatan.
“Masa kita menang 15 kerusi, GST tak dok lagi. Dok kang (tidak mungkin) ada GST, koho (makin) kuat orang pakoh Umno,” tegasnya.
Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Majlis Solidariti Palestin dan Ambang 2018, di Pasar Manir, di sini pada 31 Ahad Disember.
Oleh itu, beliau mengajak semua anak-anak muda, yang merupakan 60 peratus pengundi pada PRU14 memberi sokongan kepada PAS.
“Sepatutnya dengan banyak skandal yang berlaku ini, Umno nak buka markaspun tak boleh sekali ni, kerana tak dok orang muda nak sokong dia doh,” jelas beliau dihadapan ribuan anak muda yang hadir.
Sehubungan itu, Sheikh Hanafi berkata, program tersebut yang dianjurkan Pemuda PAS adalah untuk menunjukkan, sekirannya PAS memerintah aktiviti rutin termasuk hiburan akan tetap diteruskan.
Dengan memberikan alternatif kepada rakyat, menurutnya, akan memberikan impak positif dan memberi makna kepada kehidupan ini.
“Mungkin orang muda ingat, bila PAS memerintah, semua kena pakai serban belaka, tidak……!nak kena pakai jubah belaka,
“siapa nyanyi kena tangkap, nak kena ngaji sokmo, ini bukan dia (bukan matlamat PAS),” ujar beliau,
Mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu itu menambah, PAS adalah sebuah parti ‘marhaen’ yang bergerak dengan nadi rakyat dengan kesedaran, mencintai Islam, keadilan, bencikan rasuah dan kebobrokan.
“Mereka memberi sekadar yang mereka mampu, wang ringgitnya, tulang empat keratnya, ideanya, tenaganya, masanya,
“ini berlaku sejak hari pertama PAS ditubuhkan yang sama-sama bersemangat untuk menjatuhkan Umno”, tambah beliau dengan penuh berkobar-kobar.
Sesungghnya kata beliau lagi, anak-anak muda harus berbangga menjadi penyokong serta pendokong PAS yang berkuasa hampir 30 tahun di Kelantan dan pernah memerintahkan Kedah dan Terengganu.
Namun katanya, tiada seorangpun pimpinan yang didakwa rasuah.