PAS Sedia Ganti Umno Jadi Kerajaan, Jaga Kebajikan Rakyat
DUNGUN – PAS sentiasa bersedia menggantikan Umno untuk menjaga kebajikan semua rakyat negeri Terengganu.
Bahkan, walaupun dalam keadaan dinafikan peruntukan kerajaan negeri, PAS sentiasa melaksanakan program kebajikan membantu golongan yang memerlukan.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dungun Hajah Rugayah Mahmood berkata, masih ramai penduduk yang miskin memerlukan perhatian kerajaan.
“Tetapi malangnya kerajaan lepas tangan…..peruntukan kewangan kepada wakil rakyat tidak diberikan oleh kerajaan Umno Terengganu,
“walaupun PAS adalah parti yang menang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang,” ujar beliau yang juga isteri kepada ADUN Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun.
Beliau berkatademikian ketika berucap mengagihkan bantuan pada Majlis Kembali Ke Sekolah di Pusat Tarbiyyah dan Kelas KAFA (PUSTAKA) di Taman Permint Indah di sini pada pada Khamis, 21 Disember.
Jelasnya, PAS tidak pernah berputus asa untuk membantu dan meringankan beban yang dtanggung oleh rakyat kesan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
“Menerusi Lajnah Kebajikan PAS sentiasa bertungkus lumus berusaha dan sentiasa bersedia mencari dana,
“agar rakyat tanpa mengira warna politik, kita bantu, sekadar mampu,” ujar beliau.
Sebelum itu, pada sebelah paginya, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu yang diketuai oleh Hajah Tuan Roslina Tuan Sulaiman ‘turun padang’ ke DUN Rantau Abang.
Rombogan tersebut, menurut Rugayah, telah menziarahi lima buah rumah di kampung Balai Besar.
“Ada ahli rombongan yang mengalir air mata melihat betapa dhaifnya kehidupan mereka (di kampung itu),
“(sedangkan kawasan) itu tak jauh daripada bandar Dungun, (itu) belum lagi kita bawa ke kampung Delong, Serdang atau Padang Pulut,“ jelas Rugayah.
Seramai 60 orang yang terdiri daripada ibu-ibu muda dari seluruh kawasan Dungun telah menerima sumbangan berupa peralatan sekolah serta sekampit beras pada majlis tersebut.
Sumbangan yang dibiayai oleh PAS dari sumbangan orang ramai, menerusi Ameerah Kawasan Dungun untuk membantu anak-anak mereka, meneruskan sesi persekolahan 2018.