NegeriTerengganu

TAJAK Senjata Jabi

SETIU – TAJAK adalah singkatan ‘Team Adventure Jabi Kita’ pada bahasanya, bererti senjata tajam digunakan petani, akan menjadi senjata kepada PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.

Penubuhan TAJAK dengan motto ‘Istiqamah, Riadhah, Kebajikan’ tepat pada masanya, pada musim tengkujuh ini.

Ia bermatlamatkan untuk menghimpunkan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari seluruh DUN tersebut di bawah satu payung kelab kembara lasak.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi Dr Azman Ibrahim berkata, Islam adalah agama yang meraikan minat serta hobi manusia.

“Malah Islam adalah agama yang sangat menggalakkan ummatnya bergerak aktif dalam apa jua penglibatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat ramai.

“Peranan Islam ialah menyediakan garis panduan agar setiap apa yang dilakukan tidak tersasar dari landasan kebenaran,” jelasnya.

Beliau uang juga Ahli Jawatankasa Kerja PAS Pusat berkata demikian ketika merasmikan penubukan kelab tersebut pada Isnin 27 November.

Katanya, TAJAK menjadi satu alat baharu di medan dakwah yang boleh dimanfaatkan untuk berbakti dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan.

“Sebagai perintis seramai 25 orang pemilik kenderaan pacuan empat roda 4×4 telah berdaftar menjadi ahli TAJAK,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Pengerusi Penaja TAJAK, Mohd Rosdi Ibrahim berkata, kelab rekreasi tersebut akan membuka keahliannya kepada semua pihak yang berminat.

“keahlian TAJAK dibuka kepada semua anak Jabi yang memiliki 4×4 tanpa mengira sempadan politik. Ini adalah kelab rekreasi kembara untuk semua,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️