NegeriTerengganu

Kemaskini Persiapan Hadapi Banjir

Oleh : Mohd Khairuddin Ahmad

KEMAMAN – Satu Perjumpaan tergempar telah dilakukan bagi mengemaskini Jawatankuasa terkini bagi menghadapi banjir yang saban tahun melanda beberapa kawasan di Kemasik dan Kerteh.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, perjumpaan ini antara lain penting bagi memastikan seluruh jentera dan Jawatankuasa dapat digerakkan daripada awal.

“Perjumpaan tergempar ini bagi memastikan kelancaran dan persediaan PAS Dun Kemasik bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan yang selalu dinaiki air di sekitar Dun Kemasik”

“Dengan penubuhan Jawatankuasa Operasi Banjir peringkat PAS Dun Kemasik, kita bersiap siaga akan sebarang kemungkinan dan seluruh petugas sudah dimaklumkan dan akan turun membantu jika berlakunya banjir di kawasan terbabit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas mesyuarat mengaktifkan bilik operasi banjir PAS Dun Kemasik pada hari Rabu, 14 November 2017, bertempat di Pusat Operasi Banjir PAS Kemasik, Masjid Lama Kemasik.

Perjumpaan yang dihadiri lebih 20 orang jawatankuasa itu juga turut melibatkan Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda, Muslimat, Jabatan AMAL, AMEERAH dan seluruh AJK Kebajikan Cawangan, bagi memastikan kelancaran sekiranya banjir melanda di kawasan terbabit.

Turut hadir, AJK MTD Kemasik, AJK Pemuda Dun, AJK Ameerah DUN, AJK Muslimat dan AJK Kebajikan setiap UPU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️