NegeriTerengganu

Umno Gagal Selamatkan Akidah

Oleh : Sharifah Azlina Syed Ismail

KUALA TERENGGANU – Umno gagal menyelamatkan akidah dan maruah anak-anak bangsa Melayu Islam yang sudah jauh terpesong.

Mantan Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Kelang, Wan Asshima Kamaruddin berkata, ia telah berlaku selama Umno memerintah sejak 60 tahun yang lalu.

“saya bersuara lantang wakil dari puteri Umno untuk bawa (usul) biro agama bersama dalam Perhimpunan RUU 355 untuk pindaan akta syariah di Padang Merbok,

“ternyata sokongan Umno hambar, tapi saya teruskan perjuangan. Dalam Perlembagaan (negara) dah tercatat perkara 3 fasa 1, agama Islam agama persekutuan,

“Kenapa kita tak mampu menggubal, meminda akta tersebut?” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi Tea Amal anjuran Jabatan Pilihanraya Muslimat Kawasan Kuala Terengganu di sebuah restoran di sini, pada Khamis 2 November.

Katanya, cabaran yang beliau lalui cukup dahsyat ketika usaha membanteras maksiat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“(kami terpaksa) berlakun melakukan penyamaran, kami masuk ke disko, audien lebih kurang 70 peratus adalah golongan anak muda Melayu,

“Disko beroperasi, (kegiatan) tudi tutup sepuluh (premis) buka 40 (yang baru)….semua agama tidak suka gejala sosial……kenapa selama berpuluh tahun, kerajaan pusat tidak mahu buat?,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Alif Ba Ta, NGO bergiat di dalam Puteri Umno sejak tahun 2001 selama hampir 17 tahun.

Menurutnya, usaha terkini beliau ialah, turun ke dalam masyarakat bertemu dengan para wanita yang mempunyai suami ‘kaki judi’ dan kaki pukul’ serta ibu tunggal yang bermasaalah dan mempunyai anak yang terlibat dengan gejala sosial.

“gejala sosial sangat tenat…..di Kelang, arak bagaikan sarapan pagi bagi anak muda. Dadah bagaikan coklat. Ada pusat judi di kawasan PPRT,

“di dalam kabinet Majlis Perbandaran Kelang, ada suara yang mahukan ‘Pesta Arak’ diadakan,” ujarnya.

Pergerakan liberal pula, kata beliau, semakin kuat diperjuangkan, seperti apa yang dilakukan oleh Siti Zabedah Kassim dengan kumpulan LGBT yang mempertikaikan tuntutan agama serta menghina para ulama.

Oleh itu, beliau menyeru agar Muslimat dan Ameerah PAS bersama-sama turun mendekati mereka yang bersama Umno kerana katanya, mereka perlukan bimbingan dan nasihat.

“Amalkan politik yang membina ukhwah dan kasih saying……kerana cintakan Allah, kasihkan rasul dan perjuangan Rasulullah, tak kan saya biarkan golongan liberal hina ulama,

“dan merendahkan Islam, dan saya akan letak Islam ke hadapan, Jangan biar anak kita hilang arah,” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️