NegeriTerengganu

Pusat Penerangan Pelancongan Ditutup Ditengah-tengah Tahun Melawat Terengganu?

KUALA TERENGGANU – Apa rasionalnya kerajaan Umno dan Narisan Nasional (BN) menutup Pusat Penerangan Pelancongan, ditengah-tengah kempen dan pelaksanaan Tahun Melawat Terengganu 2017?

Pusat tersebut yang terletak di kawasan strategik pelancongan di hadapan Bukit Puteri berhampiran Bazaar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang.

Notis yang diletakkan pada pintu pusat tersebut, penutupan ‘sementara’ itu adalah untuk menaiktaraf dan pembaikian bangunan utama.

Menurut seorang peniaga berhampiran, sejak pejabat itu ditutup kebersihan kawasan sekitarnya tidak lagi terjaga.

“dulu…..pekerja Pusat itu yang sapu dan bersihkan kawasan ini, sekarang tak ada orang ‘ccara’ (tidak diambil peduli), sampah-sampah terbiar begitu sahaja,

“sedangkan kawasan ini jadi tumpuan, orang lalu dan singgah sini untuk ke Pasar Payang,” ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Tinjauan ke lokasi tersebut mendapati, dakwaan beliau adalah benar, kawasan tersebut tidak lagi terurus.

Rumput yang panjang dan tidak dipotong, menjadikan pemandangan indah ‘tercemar’ dengan sampah sarap disumbat ke dalam longkang.

Sementara itu, laman sosialPusat Penerangan Pelancongan Kuala Terengganujuga dikesan tidak dikemaskini.

Catatan terakhir laman tersebut adalah kira-kira lebih setahun yang lalu, pada 20 April, 2016.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyifatkan, kerajaan tidak serius dengan kempen tahun melawat Terengganu.

“Bagaimana pelancong luar boleh mendapatkan maklumat kalau pusat penerangan pelancongan ditutup?

“Adakah kempen itu hanya slogan kosong padahal tiada persediaan yang rapi untuk tujuan menggalakkan pelancongan ke negeri Terengganu?,” soal beliau

Justeru kata beliau, kalau begitu cara pentadbiran kerajaan terengganu bawah BN maka selayaknya lah kerajaan ini ditukar selepas PRU14 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️