NegeriTerengganu

100 NGO Bangkitkan Momentum ‘Hijau Menuju Kemenangan’

KUALA NERUS – 100 buah NGO menjadi kekuatan baharu kepada Gagasan Sejahtera yang berikrar dan bakal membangkitkan momentum sokongan terhadap PAS, berdepan saingan sengit menentang BN dan Pakatan Harapan pada PRU14.

Kuasa ‘blok ketiga’ parti politik itu tercetus melalu gerakan gelombang ‘hijau menuju kemenangan’ sempena Fastaqim 2.0.

Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Hubungan NGO Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, semua badan bukan kerajaan hadir sebulat suara memberikan sokongan padu kepada usaha belandaskan Islam.

“Dengan ramainya NGO bersama kami, kita jangkakan momentum baharu yang besar yang boleh kita berikan kepada rakyat dalam PRU14,” katanya kepada media, di sini.

Di samping itu, satu pengumuman akan dibuat berikutan beberapa tokoh yang akan menyertai Pas yang diumumkan pada malam kemuncak himpunan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Meja Bulat yang diadakan disebuah ‘Resort’ di sini pada Jumaat, 29 September.

Beliau yang juga Penyelaras Gagasan Sejahtera berkata, intipati penting bagi menggambarkan sokongan NGO terhadap PAS ditegaskan melalui dua resolusi dicapai dalam sidang tersebut.

Katanya, selain bersetuju membentuk Jawatankuasa Penyelaras NGO Islam yang fokusk kepada peranan untuk bergerak secara positif pada PRU14, mereka memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, kepada PAS dan Gagasan Sejahtera.

Sehubungan itu, Kamaruzaman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, NGO akan berperanan secara agresif ‘menyegarkan’ Gagasan itu.

Katanya, Gagasan berbeza dengan BN dan PH kerana Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menjadi ketuanya.

“perbezaan antara Gagasan Sejahtera dan blok politik yang lain (ialah) dalam Pakatan Harapan tidak ada ketua, dalam Barisan Nasional juga tidak disebut secara jelas siapa ketuanya,

“tapi dalam Gagasan Sejahtera, ketuanya adalah PAS……itu secara jelas, dan pengerusi kepada Gagasan adalah Presiden PAS,” jelasnya.

Oleh itu katanya, NGO yang menjadi salah satu komponen akan memainkan peranan proaktif Gagasan Sejahtera yang diumumkan secara rasmi pada Ogos 2016.

Beliau menambah, idea penubuhan Gagasan adalah menjadi ‘inovasi’ kepada politik yang sedia ada, dimana ada ruang untuk NGO memberi pandangan didalam menambah baik kepada sistem.

“Gagasan Sejahtera menyokong segala kebaikan yan dibawa oleh sesiapa sahaja, dan menentang segala bentuk kemungkaran oleh siapa sahaja tetapi,

“landasan sokongan adalah tetap berlandaskan Islam kerana ia adalah yang terbaik,” katanya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️