NegeriTerengganu

1000 Anggota Amal, Siap Siaga Untuk Fastaqim 2.0

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN โ€“ Sejumlah 1000 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (Amal) akan turun bertugas sepanjang dua hari Himpunan Fastaqim 2.0 โ€“ 200K, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Timbalan Ketua Pegawai Tadbirnya, Wan Faisal bin Wan Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjaga kawalan lalu-lintas.

โ€œPenglibatan sejumlah besar anggota Amal ini penting untuk menjamin kelancaran perjalanan Himpunan Fastaqim 2.0 ini,

โ€œAmal juga akan membantu memudahkan urusan pengunjung himpunan meletakkan kenderaan masing-masing, Insya-Allah ruang โ€˜parkingโ€™ kenderaan mencukupi walaupun jumlah pengunjung besar akan menghadiri himpunan ini,โ€ ujarnya ketika di temui di sini, hari ini.

Beliau memberi jaminan, semua anggota Amal dari seluruh negara ini sudah bersiap-siaga dan bersemangat membantu pengunjung himpunan.

Sehubungan itu,Timbalan Pengarah Amal Negeri Terengganu itu juga berkata, Kontijen Amal Negeri Selangor adalah negeri teramai menghantar anggota.

โ€œ(mereka) akan menghantar anggota terbesar seramai 185 orang, diikuti negeri tuan rumah, Terengganu seramai 150 orang,

โ€œ100 anggota dari Kelantan dan Pahang dan bakinya dari negeri-negeri di seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak,โ€ jelasnya.

Meurutnya, Himpunan Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September ini, mensasarkan kehadiran 200 ribu orang pengunjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ