PAS Teluk Pasu Zahirkan Simpati Kepada Mangsa Ribut
Pleh : Rusni H
KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dun (MTD) Teluk Pasu melahirkan rasa simpati kepada mangsa ribut yang melanda kampung itu secara tiba-tiba.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, YB Ustaz Ridhuan Hashim berkata, kejadian yang berlaku pada sebelah petang Khamis 24 Ogos itu telah melibatkan seramai 10 buah keluarga.
“Pada sebelah petang semalam, saya bersama dengan Setiausaha PAS Cawangan Buluh Gading telah pergi menziarahi semua mangsa yang terlibat dalam ribut tersebut,
“Dan pihak MTD telah menyalurkan sedikit bantuan kewangan kepada semua mangsa ribut bagi menampung dan meringkan sedikit kos kerugian yang dialami mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai melawat serta melihat sendiri kerosakkan yang melanda beberapa buah rumah yang dipukul ribut, Khamis 24 Ogos, disini.
Menurutnya, selain daripada Kampung Buluh Gading, seramai lapan buah keluarga dari Kampung Tanjung Bunut turut terlibat dengan bencana ribut petang semalam.
“Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak seberapa namun mereka cukup terharu atas kecaknaan yang ditunjukkan pihak MTD terhadap nasib yang menimpa mereka,
“Dan mereka mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan pihak MTD ke rumah kediaman mereka yang rata-ratanya mengalami kerosakan yang agak ketara juga,” kata beliau.
Turut hadir sama dalam lawatan tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan Dun Teluk Pasu,Tuan Haji Sanusi bin Taib.