NegeriTerengganu

RM1 Juta Lagi Diperlukan Untuk ‘Dewan Darul Ansor’

DUNGUN – Pembinaan struktur Dewan Darul Ansor berkeluasan 12,800 kaki persegi, sudah memasuki fasa menaikan tiang, penaga dan kekuda, memerlukan kos pembinaan sebanyak RM1 juta.

Menurut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, apabila siap kelak, bangunan bernilai RM1.2 juta itu, bakal menjadi dewan utama di Kompleks Tarbiyyah Darul Ansor.

Katanya, usaha membangunkan pusat pentadbiran PAS Kawasan Dungun itu memerlukan sumbangan dan pengorbanan orang ramai.

“bukan mudah apabila melibatkan pembinaan tanpa peruntukan. Duit datang dari orang ramai, pembangunan kompleks ini melibatkan jutaan ringgit mengikut perancangan jangka panjang. Kita buat mengikut kedudukan kewangan semasa.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini kita menerima lebih RM200 ribu dan saya dimaklumkan kos sekarang ini sehingga stuktur bangunan dewan dinaikan. Selepas ini kita akan lancarkan kutipan untuk atap. 25hb Ogos ini sekali lagi kita buat kuliah dhuha ditapak ini bagi memungut sumbangan orang ramai.

“InsyaAllah seorang Adun Selangor akan hadir menyampaikan kuliah,” ujanya ketika ditemui di tapak pembinaan di Kampung Alor Makboh pada Ahad 20 Ogos.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan solat hajat dan membantu menaikan tiang serta memasang rantai dan mengikatnya, yang diangkat menggunakan sebuah kren.

Sehubungan itu, kata beliau, satu jawatankuasa pengurusan telah ditubuhkan bagi memantau serta mengurus semua sumbangan orang ramai agar kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

Beliau mengharapkan orang ramai dari daerah ini terus menyumbang serta mencari dermawan dari seluruh negara bagi menyiapkan Fasa seterusnya.

Beliau yakin, dengan sokongan semua pihak, Dewan yang akan mempunyai ‘nilai tambah’ sebuah gelanggang Futsal itu, akan siap pada awal tahun 2018.

Justeru itu, Pengurus Projek Kompleks, Ustaz Sufian Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada para muhsinin yang telah menyumbang pelbagai keperluan untuk kerja-kerja utama stuktur pembangunan dewan itu.

“Kita masih perlukan sumbangan untuk melihat kerja-kerja menyiapkan dewan ini berjalan lancar. RM1 juta lagi kita perlukan untuk melengkapkan segala pasarana berkaitan dewan.

“Jika aliran penerimaan sumbangan berjalan lancer……..sudah tentu projek ini mengikut jadual InsyaAllah kita sedaya upaya menunaikan amanah besar ini,” ujar beliau yakin.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka secara terus kepada Jawatankuasa pembinaan Pusat Tabiyyah itu.

“boleh derma atau beri sumbangan secara terus atas nama ‘Markaz Tarbiyyah Darul Ansor’. No akaun Bank Islam 1304 4010 0454 57. Dan boleh menghubungi nombor telefon 013 -921 6848, untuk sebanarang pertanyaan,” jelas beliau.

Hadir sama ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, YB Haji Wan Hapandi Wan Nik dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Abang, YB Alias Harun serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa pembangunan Pusat Tarbiyyah Darul Ansor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️