Pergi Dengan Satu Tujuan, Untuk Menjadi Juara!
Oleh : Zulshawal
KUALA TERENGGANU – Kontinjen PASTI Terengganu yang berlepas ke Pertandingan Alam Ria 2017 peringkat Nasional pergi dengan satu tujuan, untuk menjadi juara!
Pengarah PASTI negeri Ustaz Sulaiman Sulong berkata, seramai tiga orang pelajar yang terpilih bagi mewakili Negeri Terengganu telah diiringi oleh para guru dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.
“mereka selamat berlepas ke Pulau Pinang pagi tadi……pertandingan yang dijadualkan bermula Sabtu ini, amat diberi perhatian khusus oleh pimpinan Pasti Negeri dalam usaha menjadikan Terengganu,
“memperolehi gelaran johan berganda setelah merangkul johan keseluruhan dalam Pesta Sukan Pasti Pusat 2017 pada Bulan Mei lepas,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada para guru dan pelajar sebelum mereka berlepas, di bandar Jerteh, Besut pada pagi Jumaat 18 Ogos.
Katanya, PASTI Terengganu mempunyai misi yang cukup besar pada kali ini setelah berjaya menjaya menjadi johan keseluruhan dalam Pesta Sukan Pasti di Pahang baru-baru ini.
“Saya mohon para guru memastikan para pelajar kita berada dalam keadaan selesa agar mereka dapat memberi tumpuan penuh kepada acara yang mereka tandingi,
“Tahun lepas kita hampir menjadi johan keseluruhan, namun kita tewas apabila sistem kiraan mata bergantung kepada pasukan mana yang memperolehi pingat emas yang banyak,
“Jadi insyaallah tahun ini kita merasakan kita mempunyai harapan untuk membawa balik gelaran johan keseluran tersebut,” tegas Ustaz Sulaiman.
Sementara itu, Ahli Dewan Unfangan Negeri (ADUN) Alor Limbat YB Ustaz Arifin Deraman mengharapkan agar kontinjen PASTI Terengganu beroleh kemenangan dalam semua acara yang dipertandingkan.
“Saya mendoakan kontijen yang terpilih bagi mewakili Terengganu pada kali ini dikurniakan kemenangan. Kita telah berusaha dan menjalani latihan yang dan seterusnya kita harus bertawakal kepada Allah” katanya yang hadir sama dalam memberi semangat kepada Kotinjen tersebut.
Pada Pertandingan Alam Ria kali, yang dilanggsungkan bertempat di Dewan Melinium, Kepala Batas, bakal menyaksikan pertandingan nasyid, Kalam Jamaie, Khutbah, Sajak, Azan, Bercerita, dan Pidato.