Jangan Terpedaya Dengan Dakyah Musuh
Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA TERENgGANU – PAS melihat isu percerian yang berlaku di negeri ini sebagaimana yang dibangkitkan Ketua Hakim Syarie Terengganu baru-baru ini amat membimbangkan.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, negeri Terengganu menduduki tahap kadar perceraian kelima tertinggi dari seluruh negara (jika) dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
“Jadi yang paling ramai kes perceraian ini adalah dalam lingkungan umur 31 hingga 35. 31, ada yang menjangkau 26 sehingga ada yang bercerai, satu hari je kahwin,
“Puncanya kerana kewangan. Puncanya kerana masalah kekeluargaan yang berbagai-bagai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Terengganu, Pada Khamis 20 Julai di perkarangan pejabat PAS Terengganu.
Sehubungan dengan itu, rakyat diminta menilai suasana yang ada sekarang khususnya isu yang terbaru sebagaimana didedahkan Ketua Hakim Syarie Terengganu baru-baru ini.
“Jadi insya Allah kita cuba nak melihat dan kita nak membawa seluruh rakyat penyelesaian (cara) Islam dalam masalah-masalah ini, insya Allah,
“(Dan) jangan lupa untuk bersama melihat beberapa sumber dari Parti Islam Semalaysia (PAS) Terengganu dengan segala maklumat-maklumat yang benar, tepat dan betul daripada BuletinOnline , Tv Harap dan Harakah Daily,” seru Ustaz Mohd Nor.
Menurutnya,jangan kita terdedah dengan maklumat-maklumat yang kemungkinan banyak rekaan. Banyak fitnah. Banyak dakyah. Banyak propaganda yang dibawa oleh musuh-musuh untuk melemahkan dan menjatuhklan imej pimpinan PAS dan gerakan PAS.
“Yang pertama Buletinonline…..Buletinonline mintak tuan-tuan dapat supaya sama-sama untuk melihat perkembangan maklumat dan berita negeri Terengganu, isu-isu semasa daripada BuletinOnline,
“Yang kedua TV Harap yang juga sedang ‘live’ sekarang. Tv Harap. Tuan-tuan supaya rakan setia dengan Tv Harap, insya Allah dan maklumat-maklumat lain akan kita laporkan melalui Tv Harap,
“Dan juga Harakah Daily daripada PAS Pusat. Dan saya harap sumber-sumber ini menjadi rujukan yang paling asas kepada rakyat negeri Terengganu, insya Allah,
“Saya ucap selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. (Dan marilah) semua bersama dengan PAS. Sejahtera dengan Islam. Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, insya Allah,” kata beliau.