Ramai Yang Hidup Susah Di Kubu Kuat Umno
DUNGUN – Walaupun parti Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri Terengganu buat masa ini, namun malang sekali, ramai penduduk yang hidup dalam kesusahan dan miskin dalam kawasan yang dianggap sebagai kubu kuatnya.
Ketua Muslimat Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood berkata, seramai lima puluh orang penerima ‘Sumbangan Kasih Ramadhan 2017’, merupakan penduduk di kampung terbabit dan masih ramai dikalangan mereka yang memerlukan.
“Mereka yang rata-ratanya nelayan dan merupakan penyokong kuat Umno tetapi hidup susah dan sumbangan Muslimat DUN adalah hasil derma orangramai yang prihatin,
“jadi hanya seramai itu kami mampu sampaikan, memandangkan peruntukan kepada ADUN PAS dinafikan,” ujarnya.
Beliau yang juga isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang YB. Cikgu Alias Harun, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di Surau Pak Malek, Kampung Seberang Pintasan di sini, pada Khamis 16 Jun.
Sebelum itu, dalam ucapannya beliau mengingatkan agar, para penerima agar tidak menpersia-siakan hadiah bulan Ramadan daripada Allah.
“gunakan sebaik mungkin kedatangan Ramadan, Allah beri peluang kita berada di bulan ini, banyakkan berdoa, mengadu kepada Allah setiap kesusahan yang kita hadapi,
“masalah anak, masalah duit,” ujar beliau pada program anjuran Muslimat DUN Rantau Abang itu.
Majlis yang turut dihadiri Cikgu Alias Harun, berakhir dengan acara berbuka puasa bersama-sama jemaah surau dan para penerima.