PAS Setiu Ucap Takziah
KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Setiu melahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Aqil Iskandar Azrol Affendi, 12 yang terbunuh dalam satu kemalangan di Kampung Selamat, Sungai Tong, pada Sabtu.
Yang DiPertuanya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir menyifatkan kejadian itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan.
“kita amat bersedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku, kehilangan anak tersayang amat lah memilukan,
“Kita mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat khususnya yang kehilangan anak tersayang,
“dan berharap semuanya reda dengan ketentuan Allah dan berdoa agar semua dikurniakan ketabahan dan kesabaran,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi Cik Ahmad Zaqwan Abdul Rashid, 12, salah seorang mangsa kemalangan maut itu yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini semalam.
Lapan lagi murid Sekolah Kebangsaan Batu 29, Setiu cedera dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu di Sungai Tong.
Mereka adalah, Muhammad Arif Aziz, 12; Amirul Hakim Kamaruzaman, 12; Fakrul Fauzi, 12; Muhammad Aqif Danial Ramli, 12; Muhammad Iman Hakim Zul,12; Muhammad Irwan Fahmi Muhamad Rosli, 12; Muhammad Faiq Hurairah Mahadi,12, dan Muhammad Nor Hariz Mohd Ismail, 12.
Ayah mangsa Abdul Rashid Mohd Yusof yang tinggal di Kampung Sungai Bari ketika dihubungi berkata, walaupun sedih namun berharap, ada hikmah dengan apa yang berlaku.
“tiada apa yang boleh kita lakukan.Kita berserah pada Allah kerana ini adalah kehendakNya,” kata Abdul Rashid dan menambah, anaknya sudah mula sedar dari pengsan akibat cedera parah dan mengalami pendarahan di kepala.