NegeriTerengganu

Rancakkan Pembangunan Pelancongan Rantau Abang

DUNGUN – Sekiranya benar menurut kajian, penyu akan kembali semula ke pantai Terengganu khususnya Rantau Abang, kerajaan digesa merancakkan kembali sektor pelancongan di kawasan terbabit.

Namun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun kesal, walaupun sudah tiga bulan Tahun Melawat Terengganu berlalu, ‘pekan Penyu’ itu, terus sunyi sepi.

“Kalau betulah kajian itu tu kata penyu naik semula……kawasan (Rantau Abang) perlu di bangun semula terutama sekali,

“di kawasan ini Hutan Lipur Jambu Bongkok ini, memang tempat rekreasi dahulu tempat ini kalau dulu-dulu dia buat perkemahan, ada kolam, untuk rekreasi,”ujarnya.

Beliau berkata, kawasan di persisir pantai daripada Kuala Abang sampai ke Jambu Bokok juga perlu dibangunkaan kerana ia berpotensi untuk akitiviti kayak dan bot.

“kawasan paya, kawasan paya ini memang suatu tarikan untuk jadikan pusat perlancongan untuk aktiviti kayak ke, atau tempat memancing ke,

“Supaya bukan sahaja orang mari tengok penyu, mereka juga dapat berehat untuk sementara,”jelasnya.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan sebuah Universiti tempatan dan pihak berkuasa Perikanan Terengganu yang mengesahkan peningkatan pendaratan penyu di negeri ini.

Katanya, setelah pelancara ‘Visit Beautiful Terengganu’ pada 1 Januari tahun ini, tiada apa apa dibangunkan di pekan yang pernah menarik ribuan pelancong itu.

Menurut laporan Bernama Kadar pendaratan penyu di Pantai Terengganu dijangka meningkat sekali ganda tahun ini, kata Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali.

Beliau berkata sebanyak 515 sarang dan lebih 50,000 biji telur direkodkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini berbanding hanya lebih 300 sarang dengan jumlah 30,000 telur pada tempoh sama tahun lepas.

Zawawi berkata ini menunjukkan impak positif kesan daripada kesedaran orang ramai dan peningkatan penguatkuasaan pihak berkuasa ke atas pihak yang memburu reptilia itu.

Pantai peranginan di Terengganu termasuk Rantau Abang di sini pernah mencatat pendaratan penyu belimbing sebanyak 10,000 sarang pada tahun 1950-an.

Ketika itu, Rantau Abang begitu meriah dan padat dengan kunjungan ribuan pengunjung namun ia semakin mencatat penurunan ekoran pendaratan penyu kadang-kala kurang daripada 50 sarang.

Penurunan drastik pada awal tahun 1990-an itu telah mendorong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk memulakan usaha penyelidikan dan pemuliharaan penyu yang menjadi ikon negeri.

Projek yang dijalankan sejak 24 tahun lalu itu diterajui Unit Penyelidikan Penyu UMT (SEATRU) dengan stesen penyelidikan yang terletak di Chagar Hutang, Pulau Redang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️