NegeriTerengganu

Kuala Terengganu Dilanda Banjir Kilat!

KUALA TERENGGANU – Hujan yang turun semalamam dan berhenti sekejap sebelum subuh, dan turun kembali jam 8:00 pagi tadi dan sehingga sekarang masih turun.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata. setakat jam 12:00 tengahari ini beberapa batang jalan telah dinaiki air seperti di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, Jalan Ibrahim, Dataran Budaya Pantai Batu Burok.

“Jalan Sultan Omar telah ditutup kepada semua kenderaan oleh pihak MBKT. Boleh dikatakan setakat ini hanya jalan raya di kawasan tengah bandaraya Kuala Terengganu sahaja yang dinaiki air,”ujar beliau dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi

Namun begitu, kata beliau, keadaan di kampung-kampung keadaan masih stabil namun berjaga-jaga.

“Sehingga laporan ini dibuat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap,” tambah beliau.

Sementara itu, hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga dilaporkan turut dinaiki air.

https://youtu.be/1_cMm9EBSfE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️