NegeriTerengganu

Lebih 50 Orang Sertai Kursus Fotografi

KUALA NERUS – Penganjuran Kursus Asas Fotografi dan Kewartawanan Fotografi yang berjaya menarik lebih 50 orang peserta, mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Beliau singgah untuk melihat perkembangan program Jabatan Penerangan PAS Terengganu dengan kerjasama Kumpulan Altivis Media Independen (KAMI) yang berlangsung dalam kawasannya, di dewan Yayasan Amal Terengganu.

“Ya……….. saya agak terkejut jumlahnya ramai, biasanya tidak sampai 50 orang. Barangkali lepas ini program bertambah mantap dengan jurukamera hok (yang) baru,

“(ini) perkembangan positif untuk parti kita, dengan kelahiran jurukamera yang berbakat baru dan boleh kita bina (mereka) untuk hari yang mendatang, InsyaAllah,”katanya spontan, apabila diminta memberikan sedikit ucapan ringkas.

“Saya sebenarnya saja singgah, bukanlah mari nak berucap……….rasa nak mari tengok perkembangan dan kita (saya) minat.

“Rasa bersungguh untuk melihat PAS menguasai alam maya dengan lebih baik dan lebih tersusun,”tambah beliau, dihadapan 55 orang peserta yang datang dari selurun negeri semalam, Sabtu 8 Oktober.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu akan menggesa agar sayap parti itu menubuhkan Kelab Fotografi Alternatif bagi meletakkan orang-orang muda yang berminat dalam bidang berkait dalam satu wadah.

“Saya tengok kehadiran hari ini ramai orang muda, kemungkinan besar saya usulkan kepada Dewan Pemuda (PAS) Negeri untuk menyegerakan penubuhan (Kelab) ‘alternative photoghaper’ sebagai satu kelab yang menaungi anak-anak muda yang berminat dalam bidang ini,

“Sebenarnya cadangan sudah ada, tapi kita melengah-lengahkan sikit sebab beberapa faktor. Tapi bila lihat hari ini, saya akan minta pemuda negeri supaya menyegerakan penubuhan kelab ini supaya lebih tersusun dan lebih kukuh untuk masa depan parti,”jelasnya.

Justeru itu, beliau berpesan agar para petugas jurukamera, banyak bersabar dalam menjalankan tugas masing-masing.

“Saudara kena banyak sabar sebagai jurukamera, sebab pimpinan kita ni, dia dok tahu kehendak, jadi masa kita nak ambil gambar umpamanya, kalau kita nak beri arahan tak munasabah, jadi kena sabar banyak,

“Masa orang suruh tengok, dia tengok, kerana tu kena banyak bersabar dan jangan kedekut (untuk) ambil gambar,”katanya.

Kursus yang diadakan sehari suntuk itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi KAMI Haji Sazali Mohd Noor dan ditutup oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Selain dari ‘mengenali kamera’ dengan lebih mendalam, para peserta didedahkan dengan kaedah mengambil gambar dari sudut pemberitaan.

Selepas mendalami cara untuk menambahbaikkan (editing) gambar, para peserta dibawa keluar ‘outing’ dari dewan seminar untuk merakam gambar-gambar secara nyata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️