Jentera Pilihan Raya PAS Mantap
KUALA KANGSAR – PAS berpuas hati dengan susunan jentera pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan dengan sokongan pengundi, ia mampu memenangi persaingan politik di bandar DiRaja Perak itu.
Ketua Pengarah Pilihan Rayanya Dato’ Mustafa Ali berkata, beliau telah membuat semakan jentera bersama Timbalan Presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan yakin ia dapat mematahkan serangan Barisan Nasional (BN).
“Saya bersama Pengarah Induk (Tuan Ibrahim) telah membuat pemeriksaan dan susunan jentera PAS adalah mantap,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maljlis Perisytiharan Calon PAS bagi PRK Kuala Kangsar, di sini malam tadi.
Sebelum itu, beliau berkata, Umno dan BN terus memanupulasikan ‘3M’ dalam menghadapi pilihan raya.
Katanya Umno terus menggunakan jentera kerajaan (machinery), wang (money) dan media sewenang-wenangnya.
Oleh itu beliau memberi peringatan kepada pengundi agar berhati-hati dengan tipudaya Umno, termasuk menggunakan ‘sogokan’ yang memperdayakan.
“Saya beri ingatan supaya pengundi hati-hati, kalau diberi wang……….ambil wang tu dan undilah PAS,”jelasnya