60 Petugas Bomba Dijamu ‘Dapur Rakyat’ Unit Amal
DUNGUN – Program Dapur Rakyat khas kepada pegawai dan ahli bomba yang bertugas memadam kebakaran di sekitar Balai Besar, Gong Pasir dan Batu 7 , Dungun Terengganu telah berjaya diadakan selama 3 hari bermula 2hb Mei sehingga 4 hb Mei.
Seramai hampir 60 ahli bomba orang yang ditugaskan membuat penggiliran bagi memadam kebakaran yang berlaku di situ
Jabatan Amal Kawasan Dungun dengan kerjasama PAS Cawangan Gong Pasir telah ditugaskan untuk memasak juadah tengahari dan seterusnya mengagihkan kepada mereka.
Sehubungan itu ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun yang ditemui di Pos Kawalan Bomba melahirkan berbanyak terima kasih kepada pegawai dan ahli bomba yang bertungkus lumus bertugas bagi memadam kebakaran daripada merebak.
“Kebakaran yang berlaku semasa musim kemarau ini sering berlaku jika ada aktiviti pembakaran secara terbuka”
“Tahun ini kebakaran yang lebih besar kerana melibatkan kawasan lebih 4 hektar di sekitar Gong Pasir dan Balai Besar dan juga Batu 7”
“Kesan kebakaran dapat dirasakan oleh penduduk Dungun yang tinggal hampir 5 km jaraknya,”ujarnya kepada wakil media .
Sementara itu Jabatan Amal yang ditemui di Pos Operasi memberitahu masakan yang disediakan adalah hasil sumbangan individu yang perihatin.
Operasi memadam kebakaran sekitar tempat tersebut telah mengambil masa lebih sebulan yang lalu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mendirikan Pos Operasi berdekatan Perumahan PPRT Pengkalan Jering, Gong Pasir bagi mengawal operasi pemadaman dan pemantauan.