Lima Kerusi Untuk PAS KT
KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu menyeru semua ahli di semua peringkat untuk terus istiqamah hingga kemenangan dalam usaha memenangi lima kerusi di Parlimen Kuala Terengganu.
Yang Dipertuanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memberi ingatan, agar ahli dan penyokong tidak termakan dengan dakyah musuh.
“Kita mahu semua ahli Kita terus istiqamah untuk mengekalkan kemenangan di lima kerusi dalam parlimen Kuala Terengganu,
“untuk mencapai hasrat ini, semua peringkat perlu meningkatkan tahap kerja yang konsisten dan bersepadu tanpa termakan dengan agenda jahat musuh.menyakini pada pucuk pimpinan,
“dan kuasai semua kerja yang sepatutnya PAS laksanakan termasuk kerja kerja kebajikan untuk semua pengundi tanpa mengira latar belakang agama,”tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan di depan hampir 300 orang perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Agung Kali Ke-41.
Mesyuarat tersebutmdirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang menyeru para pejuang PAS agar ikhlas dalam perjuangan.
“Pentingnya setiap ahli Pas bekerja untuk Islam dengan meletakkan keikhlasan dan perjuangan hanya kerana Allah SWT
“Bekerja tanpa Ada kepentingan tersendiri dan berada pada landasan yang di letakkan parti dan tidak mudah percaya dengan agenda musuh musuh politik PAS,”jelasnya.
Ahli Parlimen Marang itu juga, dalam kesempatan tersebut menyampaikan anugerah cawangan terbaik kepada Cawangan Gong Tok Nasek dan anugerah tabungan Cawangan terbanyak juga pada Cawangan Gong Tok Nasek dalam dun Batu Buruk.
Tuan Guru Presiden melancarkan Skim Wakaf Komplek Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kuala Terengganu fasa ke 2.
Dalam mesyuarat kali ini satu usul di terima tanpa bahas dari Cawangan Kampung Pantai Kuala Ibai iaitu mendesak saf kepimpimpinan negeri dan Pusat menerima cadangan calon-calon pilihanraya daripada cawangan.
Mesyuarat di tangguhkan pada jam 1.30 tengahari.